Saturday, August 8, 2009

MAXIS CYBERKID BERSAMA KOMUNITI

Salam Sejahtera...program ini anjuran maxis cyberkids bertujuan memberi pengetahuan tentang portal cyberkids yang disediakan didalam laman web cyberkids sendiri. program ini memberi peluang kite berhubung dengan dunia luar. Program ini dijalankan selama 3hari 2malam di The Sheraton Hotel&Tower. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan program ini.

Antaranya senaman seni, aktiviti berkumpulan serta treasure hunt yang cukup memberi kesan berpasukan kepada kami semua.

Gambar kumpulan TRIPLE-W




Saturday, May 16, 2009

BENGKEL ICT DI KOLEJ KOMUNITI KULIM






PPIK Hujung Bandar ,PPIK Pekan Pendang dan PPIK Paya Kerchut telah di jemput oleh pihak Kolej Komuniti Kulim, Kedah untuk mengadakan Bengkel ICT pada 30 april 2009

Sunday, April 26, 2009

PENGENALAN PPIK

MATLAMAT PPIK

Selari dengan namanya, iaitu Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti, matlamat jangka panjangnya adalah untuk menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan atau dengan kata lain disebut juga sebagai 'knowledge society' atau k-society.
Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.
PPIK, menerusi Kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.

OBJEKTIF KELAB PPIK
Memberikan platform untuk masyarakat setempat memberi sumbangan samada dari segi idea, tenaga atau material terhadap kesejahteraan PPIK (community engagement,training,perticipation,development,promotion & marketing and social entrepreneurship)
Sebagai badan yang mempromosikan aktiviti-aktiviti PPIK kepada seluruh lapisan masyarakat
Memotivasikan masyarakat supaya mendayaguna fasiliti PPIK bagi pembanggunan komuniti
Meluaskan jangkauan perkhidmatan PPIK kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberikan impak positif kepada sosial,ekonomi dan alam sekitar
Membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai bidang terutamanya ICT dan pembanggunan komuniti
Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial

PROGRAM SEK.MEN.KEB.SUNGAI TIANG19-23.04.2009