Sunday, February 22, 2009



Salah seorang yang pelajar yang beranikan diri untuk belajar dan berkongsi maklumat

GAMBAR SEMASA PROGRAM LATIHAN ICT UNTUK KOMUNITI BERSAMA SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ISLAH PENDANG

Para perserta sedang mendengar taklimat mengenali komputer peribadi

Saturday, February 21, 2009

bengkel ICT Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Islah

Pada 18/02/2009 dan 19/02/2009 kami dari PPIK Pekan Pendang, PPIK Paya Kerchut, PPIK Sg Tiang dan PPIK Hujung Bandar telah mengadakan bengkel latihan ICT untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Islah Pendang, Kedah. Seramai 500 pelajar temasuk guru-guru telah menyertai bengkel tersebut.

Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan bengkel tersebut. Kami menganjurkan bengkel tersebut selama 2 hari iaitu hari rabu dan khamis. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kami mengadakan 3 sesi iaitu pada hari rabu dari 8.00 pagi - 9.30 untuk tingkatan 1, 9.30 - 11.00 untuk tingkatan 2, dan dari 12.00 - 2.00 petang untuk tingkatan 3. Pada hari Khamis, juga 3 sesi iaitu dari 8.00 pagi - 9.30 (tingkatan 4), 9.30 - 11.00 (tingkatan 6) dan 12.00 - 2.00 (tingkatan 5).
Ucapan Yang Berhormat Dr. Hj Hamdan bin. Mohamed Khalib. Exco Belia dan Sukan, Kesenian, warisan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Negeri Kedah..
Ucapan YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK. Pegawai Daerah Pendang

MAJLIS PERLANCARAN PPIK DAN PERPUSTAKAAN AWAM PENDANG (31 JANUARI 2009)

lawatan ke PPIK
Antara tetamu yang hadir



Wednesday, February 18, 2009

MAJLIS PERASMIAN PPIK

PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI (PPIK)
Pada 31 Januari 2009 (sabtu) Perpustakaan Awam Pendang dan PPIK Pekan Pendang telah mengadakan majlis perlancarannya yang berlangsung di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Kedah.Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Hj. Hamdan bin Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah. Beliau juga merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Daerah Pendang, YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK.En Aziz Azis b. Bon, Pengurus Program USP Fasa V, Bahagian Perniagaan Korporat, Dr Zahidi b. Dato Hj Zainol Rashid, AMK, BKM, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, En Anuar b. Yusoff, 'State Controller' Kedah dan Perlis.En. Bakhir b. Harun,'State Controller' Pulau Pinang dan amai lagi yang turut hadir dalam majlis ini.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai daerah Pendang, YBhg. En Harun Jasin dan dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Hamdan b. Mohamed Khalib. Selepas perasmian, Exco-exco di bawa melawat sekitar Perpustakaan Awam Pendang dan PPIK Pekan Pendang.
Forum Palestin juga diadakan. Tajuk forum tersebut ialah Isu dan Cabaran. Forum ini di pengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Isa Othman (USM)dan ahli panelnya ialah En. Mohideen Abdul Kadir (CAP) dan Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil (USM).selepas forum ceramah juga diadakan dan tajuknya ialah Melahirkan Insan Cemerlang oleh En. Kamaruddin Harun. Selain itu, Pesta Buku Pendang 2009 juga diadakan selama 3 hari.
Majlis ini berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 2.00 petang.

BENGKEL LATIHAN ICT UNTUK KOMUNITI UNTUK JKKKP,MKKK,AHLIJAWATANKUASA DAN KETUA BELIA DAN AHLIJAWATANKUASA


Pada 20,21 dan 22 .1.2009 bertempat di PEJABAT DAERAH PENDANG .Kami buat bengkel bersama dgn PPIK KG HUJUNG BANDAR,PPIK PEKAN PENDANG DAN PPIK KG PAYA KERCHUT

Monday, February 16, 2009


KELAS ICT DI PPIK KG HUJUNG BANDAR SIK





PADA 22.11.2008 KARNIVAL JOM INTERNET







PERTANDINGAN FUTSAL DAN PERMAINAN KANAK-KANAK DAN LATIHAN ICT UNTUK KOMUNITI



KARNIVAL JOM INTERNET




KARNIVAL JOM INTERNET SELAMA 2 HARI PADA 21.11.2008 DAN 22.11.2008 .




Pada hari jumaat ,bermula dengan latihan ICT UNTUK KOMUNITI.,penyertaan agar memuaskan .Pada sebelah petang ramai golongan dewasa dan kanak-kanak.Pada keesokan hari lagi ramai golongan datang kerana ada banyak program .Antara programnya ialah fulsal,permainan untuk kanak-kanak,dan LATIHAN ICT UNTUK KOMUNITI.sehingga petang.