Monday, March 23, 2009

LAWATAN WARISAN GLOBAL KE PPIK PEKAN PENDANG

Pada 17/03/2009 pihak Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) yang diwakili oleh En Fauzul Amir Musa, Wan Emy Fariza Wan Mehat dan Annisa Abas telah mengadakan lawatan ke PPIK Pekan Pendang.Lawatan ke PPIK ini bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain. Melalui cara ini, penyelia PPIK boleh mengetahui sasaran indeks Pengukur Prestasi atau Kit Performance Indeks (KPI).Lawatan ini merupakan kali pertama di negeri ini dan mereka merupakan mentor PPIK bagi negeri kedah dan Perlis dan turut dihadiri oleh penyelia PPIK seluruh Kedah dan Perlis.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari En Anwar Yusoff yang merupakan State Controller dari Perlis dan Kedah. Selepas itu, ucapan dari wakil WG iaitu en Fauzul Amir.Turut diadakan persembahan slaid daripada penyelia PPIK Daerah Pendang berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif PPIK daerah Pendang bagi dikongsi bersama


Encik Anwar bin Yusoff sedang menberi ucapan pembukaan selaku state Kedah /Perlis


Suasana dalam bilik mesyuarat



Encik Faizul Amir musa selaku wakil Pihak Warisan Global
memberi hadiah kepada pemenang



Tempat pertama kumpulan virus spirit


tempat kedua kumpulan world


tempat ketiga super hero

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Pada 16/03/2009 kami PPIK Pekan Pendang ,ppik hujung bandar dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah mengadakan program untuk pelajar-pelajar sekolah. Kami mengadakan pertandingan Teka silang Kata dan Pertandingan mewarna.


kumpulan world sedang berbincang untuk menjawab soalan



kumpulan virus spirit



adik -adik tengah kusyuk mewarna

MEMORY PULAU TUBA

Sepanjang perjalanan ke Pulau Tuba dan program-program yang dijalankan.

suasana dalam feri ke pulau langkawi



Di depan chalet pulau Tuba


tengah tunggu rakan -rakan tengah rest



Bergambar kenangan di Beras terbakar



Tengah tunggu Bot pulau Tuba

Kanak -kanak sedang mewarna








PHOTO SEMASA PROGRAM DI PULAU TUBA LANGKAWI


Kaum ibu dan waris sedang kusyuk belajar it

Para -para tengah menaip

anak -anak juga tak ketinggalan untuk belajar it

peserta sedang kusyuk mendengar belajar it


Para peserta sedang mendengar taklimat


antara NGO yang turut serta dalam program ini


acara senaman senamrobik


kempen kesihatan

SUASANA SEMASA PROGRAM DI PULAU TUBA LANGKAWI


BENGKEL LATIHAN ICT DI PULAU TUBA
Pada 13/03/2009 - 15/03/2009 pihak JKKK Kampung Kepala Bukit telah menjemput pihak Maxis (PPIK) untuk menyertai program anak angkat di Pulau Tuba, Langkawi. Oleh itu, pihak Maxis telah memilih 5 PPIK untuk menyertai program tersebut. Antara PPIK yang terlibat ialah PPIK Pekan Pendang, PPIK Hujung Bandar, PPIK Paya Kerchut, PPIK Kepala Bukit dan PPIK Padang Lalang.Kami mengadakan Program 'Jom Belajar Internet'. Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan penduduk kampung Pulau Tuba. Seramai 550 orang peserta yang menyertai bengkel tersebut. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pada sebelah petang dan malam kami juga mengadakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk Pulau Tuba sambil mengajar Internet.Selain Maxis, wakil NGO lain juga terlibat dalam program ini. Antaranya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, dan Jabatan Kesihatan Kuah, Langkawi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Forum Khas, pemeriksaan kesihatan,sukaneka,dan gotong royong.Walaupun masa yang kami ada begitu singkat, kami mendapat galakan dari penduduk kampung.Mereka dapat mempelajari internet dengan baik walaupun hanya dalam masa yang singkat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JKKK Kampung Kepala Bukit keran menjemput kami untuk menyertai program tersebut. Kepada penduduk Pulau Tuba, terima kasih diucapkan kerana memberikan layanan yang baik dan memberikan kerjasama kepada kami.

Thursday, March 12, 2009

PROGRAM BULAN MAC

PADA 13,14 DAN 15.MAC 2009 PPIK KAMPUNG HUJUNG BANDAR SIK,PPIK PEKAN PENDANG ,PPIK KEPALA BUKIT,PPIK PAYA KERCHUT DAN PPIK PADANG LALANG MENGADAKAN BENGKEL BERSAMA DI PULAU TUBA LANGKAWI.IA MELIBAT KAN PROGRAM ANAK ANGKAT DAN SEKOLAH MENENGAH PUALU TUBA,

Tuesday, March 3, 2009

program bulan cuti sekolah

pada 18.mac.2009 ppik akan buat aktiviti untuk komuniti iaitu menaip dengan pantas dan teka silang kata dalam komputer