Monday, March 23, 2009

LAWATAN WARISAN GLOBAL KE PPIK PEKAN PENDANG

Pada 17/03/2009 pihak Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) yang diwakili oleh En Fauzul Amir Musa, Wan Emy Fariza Wan Mehat dan Annisa Abas telah mengadakan lawatan ke PPIK Pekan Pendang.Lawatan ke PPIK ini bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain. Melalui cara ini, penyelia PPIK boleh mengetahui sasaran indeks Pengukur Prestasi atau Kit Performance Indeks (KPI).Lawatan ini merupakan kali pertama di negeri ini dan mereka merupakan mentor PPIK bagi negeri kedah dan Perlis dan turut dihadiri oleh penyelia PPIK seluruh Kedah dan Perlis.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari En Anwar Yusoff yang merupakan State Controller dari Perlis dan Kedah. Selepas itu, ucapan dari wakil WG iaitu en Fauzul Amir.Turut diadakan persembahan slaid daripada penyelia PPIK Daerah Pendang berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif PPIK daerah Pendang bagi dikongsi bersama


Encik Anwar bin Yusoff sedang menberi ucapan pembukaan selaku state Kedah /Perlis


Suasana dalam bilik mesyuarat



Encik Faizul Amir musa selaku wakil Pihak Warisan Global
memberi hadiah kepada pemenang



Tempat pertama kumpulan virus spirit


tempat kedua kumpulan world


tempat ketiga super hero

No comments: