Monday, April 20, 2009

Peta PPIK Hujung Bandar


ASAL USUL NAMA KAMPUNG HUJUNG BANDAR

Hujung Bandar adalah nama sebuah perkampungan yang indah,terletak dalam daerah Sik di negeri Kedah Darulaman.Menyingkap kembali kembali asal usul kampung tidak lengkap rasanya kalau tidak merakam semula serba ringkas sejarah sik pada masa lalu.

Suatu ketika dahulu sik merupakan daerah hutan rimba,penuh dengan hutan tropika khatulistiwa.Ia menjadi tempat hidupan liar dan binatang buas.Kawasan perlembahan Sik pada ketika sebelum perang dunia dan penduduk jepun,jarang –jarang didiami oleh manusia,tetapi mereka cuma terdiri daripada kumpulan minority yang lebih merupakan “peasant society.”Alat perhubungan yang utama yang menghubungkan ke daerah lain ialah sungai sik dengan mengunakan rakit atau perahu,dan jalan darat pula mengunakan gajah.

Bebalik kepada asal usul kampung Hujung Bandar,adalah dipercayai bermula dengan kedatngan beberapa orang pendatang dari Pattani,selatan Tailand.Mereka dating seramai lebih kurang duapuluh orang dan ada yang datang berpasangan suami isteri berserta anak-anak.

Tujuan sebenar mereka berhijrah dari tanah kelahiran sendiri adalah untuk mencari petempatan baru yang lebih sistematik dan strategic dari segi petempatan dan untuk bercucuk tanam.

Salah seorang ahli kumpulan daripada pendatang itu ialah Haji Inris.beliau dikatakan sebagai ketua rombongan tersebut malah beliau juga merupakan guru agama dan lebih dikenali oleh pengikutnya sebagai “Tok Guru”.

Sebelum sampai ke kampung Hujng Bandar ,mereka singgah dan menentap di Kampung Bandar selama lebih kurang tiga tahun.Walaupun agak lama bermukin disitu.Haji Idris tidak bergitu berpuas hati dan beliau mengemukakan cadangan kepada anak –anak buahnya supaya dicari petempatan yang lebih sesuai.

Lebih kurang lapan kilometer mengikut arah matahari naik,tibalah mereka ke sebuah kawasan hutan dan belukar yang jernih dan deras aliran airnya.Persekitaran kawasan perintis mereka itu begitu sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi,kerana terdapat kemudahan sumber air.

Sebagai ketua,Haji I dris mengarahkan anak-anak buahnya membersihkan hutan tebal dan akhirnya mereka pun membuat petempatan disitu.Mereka membina rumah dari katu-kayuan,buluh-buluh dan atap dari jalinan daun nipah dan rumbia.

Mereka bersatu padu dan bekerjasama menanam pelbagai jenis tanaman makanan dan sesiapa yang berkemampuan dan rajin berusaha membuka tanah baru,maka dialah empunya tanah tersebut.Setelah sekian lama berada disitu dan semakinhari khidupan mereka meningkat maju,mereka berfikir untuk memberi namakepada kawasan kediaman mereka ini.Haji Indri sevagai ketua mencadangkan tempat itu diberi nama Kampung Naka Pipit Pemilihan nama itu berdasarkan bahawa pada waktu itu terdapat begitu banyak sejenispokok nangka pipit .

Melalui beberapa generasi,Kampung Naka Pipit turut mengalami pembaharuan dan kemajuan.penduduk semakin bertambah dan perubahan kampung dari segi kemudahan asas sudah mencukupi.Perubahan pemikiran masyarakat kampung juga turut berubah. Beberapa orang penduduk kampung mencadangkan nama kampung diubah,memandangkan nama tersebut sudah tidak sesuai lagi.Ini kerana pokok nangka pipit sudah pupus dan sukar untuk mendapatkannya lagi.

Pada awal 50-an,Encik Noh bin Cik The selaku ketua kampung mencadangkan Kampung Nangka Pipit ditukar nama kepada kampung Bandar,dimana Kampung Bandarmerupakan tempat persinggahan pertama Haji Indris dan pengikutnya iaitu pengasas kampung ini.Cuma perkataan Hujung di pangkal nama ditambah mungkin kerana kampung ini terletak agak jauh dari pekan yang berdekatan iaitu pekan sik

2 comments:

FirulSik said...

bule prcaya ka? aku org hujung bandar gak..tpi xtau pun..
sumber mana dapat ni?

Arora Amani said...

btol3... aku pun owang KaHuBa jugak... x penah dengar pown...